Sulit
6 tahun
Tagang gatal gatal dan timbul biji biji berair
saya berumur 18 tahun . baru baru ini saya mngalami pnyakit kudis buta dan sekarang alhamdulillah sembuh . tetapi yang mnghairankn saya , sejak penyakit itu sudah tidak ada . saya mngalami biji biji berair pula pada tapak tangan saya .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal yang berterusan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema yaitu mirip alergi atau alahan
- Dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- Dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- Psoriasis sejenis penyakit autoimun
- Dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Merujuk kepada parut yang anda keluhkan, kemungkinan besar anda mempunyai masalah keloid, yaitu sejenis parut yang timbul. Masalah ini terjadi biasanya akibat keturunan ataupun pada sesetengah pesakit yang mana proses perbaikan luka tidak berjalan dengan baik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































