
edika.iskhandar
5 tahun
Tahap Kesuburan lelaki
Saya berumur 20 tahun…bagaimana ye cara untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki?dan dimana boleh saya dapatkan test kesuburan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Tahap kesuburan seorang lelaki biasanya diperiksa hanya apabila pasangan mempunyai masalah kesukaran mendapat zuriat. Melainkan anda wanita yang sedang merancang kehamilan, kesuburan seorang lelaki biasanya dinilai daripada kualiti sperma. Berbeza dengan wanita yang hanya mengeluarkan ovum sebulan sekali, pada setiap isipadu cairan mani terdapat berjuta sperma yang berupaya untuk mempersenyawakan sel telur (ovum). Justeru, kurang jelas disini tujuan anda mahu melakukan tes kesuburan lelaki.
Untuk persoalan lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.