
Sulit
5 tahun
Tak datang bulan lebih setahun , hormon tak stabil dan ingin hamil
sy brumur 28thun sudah brkhwin 4 thun dan belum mempunyai anak…sudah pelbagai cara ikhtiar untk hamil termasuk berjumpa pkar O&G…pernah mngambil clomid sebanyak 3 kali pd tahun 2017… pada 2018 telah membuat scan pada rahim dan juga papsmear dan tidak mempunyai msalah pada rahim sy…tak dtg bulan sejak tahun lepas…sy telah menurunkn berat bdn dr 104-83kg selama 3 bulan utk stabilkan hormon…tetapi masih juga tak dtg bulan…adakah hormon sy masih tak stabil dan perlu mencapai berat bdn ideal utk mendapatkan haid yg teratur…apa yg perlu sy lakukan…harap doc boleh bg penjelasan utk msalah sy…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid anda adalah tidak teratur, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.