
Anonymous
5 tahun
Tak datang haid dah 2 bulan tpi tak mgandung
kenapa ye sy tak datang haid 2 bulan tapi sya check negetif

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sindrom Polisistik Ovari
- Faktor umur - umur yang muda dan tua sering mengalami gangguan kitaran haid
- Anovulasi - tiada ovulasi, maka tiada haid pada bulan tersebut
- Berat badan - terlalu rendah atau tinggi
- Tekanan fizikal (seperti banyak bersukan) atau emosi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari atau ovum
- Kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.