Sulit
4 tahun
Tak datang haid dan kerap beronani
saya berumur 16tahun dan kerap beronani ketika saya sedang emosi kadang ii 1bulan non stop onani .
saya juga sudah 3bulan setengah tidak datang haid . adakah sebab saya kerap beronani atau sebab saya mempunyai tekanan emosi ?
saya juga ingin solusi untuk berhenti untuk beronani . terima kasih kerana menjawab 
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan kepada kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai maslah anda iaitu tidak datang haid. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah seperti berikut:
- Poolicystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Tekanan emosi atau stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang rendah
- Gangguan pemakanan (anoreksia nervosa, bulimia dll)
Untuk solusi berhenti beronani, saya mencadangkan anda supaya:
- Menyibukkan diri dengan perkara lain seperti bersukan
- Berpuasa
- Mendalami ilmu agama
- Jangan sering bersendirian
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

























