Sulit
6 tahun
Tak datang period 2 bulan tp tak hamil
hai saya seorang wanita lewat 20an dan sudah berkahwin selama 8bulan. sebelum kahwin period saya memang tidak teratur tapi xpernah miss setiap bulan sampai saya berkahwin. Last saya datang period pada 17/6 dan sampai ke hari ini masih tidak datang juga. Saya buat upt dan result negatif. Ya saya memang ade tanda2 seperti sakit kepala dan loya tp xselalu. untuk pengetahuan doc saya ade pergi berjumpa dgn doc untuk masalah saya ni,doc pun sahkan saya negatif melalui ujian upt tu. adakah saya ada masalah sakit lain? kerana doc yg saya jumpa tu masih xbg saya lakukan apa2 jenis rawatan lagi sebab masih baru katanya. mgkin dalam sebulan dua bulan masih juga xdtg period baru rujuk kepadanya… sekarang ni saya betul2 confius dan tkot maslah lain pula terjadi dkt saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Maka, haid tidak teratur dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























