
Sulit
3 tahun
Tak datang period bulan mei
Slm sejahtera,hi doctor.sy dayang.sy nk tnya period sy normal tk de masalah setiap bln dtg.dan bln leps period dtg dlm 4/5 hr bln dan last period 10/11 hr bln april.tp bln mei ni tk dtg lg.sy ada test sendiri dirumh tp 3/4 kli result negative…boleh sy tahu apa yg sy perlu buat selanjutnya?..tq doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui apa yang perlu anda lakukan berkenaan masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid pada bulan Mei. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Mengenai ujian kehamilan, ia boleh memberikan hasil negatif sekiranya hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing atau masalah teknik semasa membuat ujian. Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat. Terutama sekali, jika anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, kembung perut serta perubahan mood.
Bagaimanapun, secara amnya, gejala tidak datang haid juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kehamilan, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Akan tetapi, ia juga boleh berpunca atas beberapa faktor kesihatan yang lebih serius, seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami melalui telekonsultasi bagi mengenalpasti punca masalah haid yang anda alami agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih