
Sulit
4 tahun
Tak datang period selama lebih 3 bulan berturut2
salam doctor saya nora dan baru berkahwin selama 9 bulan… saya ada mengambil asid folic untuk hamil…semasa saya makan acid folic saya tidak dtg period selama 3 bulan. Adekah itu kesan mengambil asid folic dan saya ade cek upt tetapi hasilnya negatif.
apa saya perlu lakukan ye doctor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, menurut kajian, asid folik boleh menyebabkan perubahan pada kitaran haid. Asid folik boleh melambatkan sedikit kitaran haid tetapi tidak sepatutnya menyebabkan masalah yang anda hadapi.
Terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan haid lambat seperti:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!