
Sulit
4 tahun
Takperiod sepanjang bulan 1 dan awal bulan 2 juga masih belum period
Saya wanita berumur 23 tahun, saya naktanya pendapat doktor berkenaan dengan masalah yang saya hadapi sekarang. Period saya hampir genap sebulan takdatang. Bulan 1 takperiod dan skrg sudah masuk awal bulan 2 juga masih belum datang haid. Adakah ianya masalah ya doktor? Atau ianya normal Saya risau kerana sebelum ini takpernah satu bulan takperiod. Saya harap doktor dapat bagi pandangan tentang masalah yang saya hadapi ini, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.