Sulit

3 tahun

Takut saya pregnant

Hello , on my 4 day of my period I had a sex with my bf :expressionless: without any protection and on last week we had a sex too but the next day I already ate birth control pills. Adakah ini bahaya

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu keraguan tentang kehamilan. Namun begitu, kami menasihatkan anda berwaspada sekiranya ada sebarang tanda-tanda jangkitan seperti alat sulit anda terasa gatal, sakit atau berbau, segera berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan.

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

Untuk makluman anda, langkah terbaik untuk mengetahui status kehamilan anda adalah dengan melakukan ujian kehamilan. Walaupun terdapat pelbagai tanda yang sering dikaitkan dengan kehamilan, namun tidak semua wanita hamil akan mengalami tanda-tanda ini. Antara gejala yang boleh berlaku apabila seorang wanita hamil adalah haid yang lewat. Walau bagaimanapun haid lewat juga boleh disebabkan oleh masalah lain selain kehamilan seperti akibat stress, masalah hormon tiroid dan juga masalah lan pada rahim atau ovari. Gejala lain yang sering dikaitan dengan kehamilan anda gejala loya dan muntah, hilang selera makan dan juga perubahan pada tubuh seperti saiz dan payudara yang lebih sensitif. Namun, sekali lagi diingatkan bahawa gejala yang disebutkan hanyalah kebiasaan dan boleh menjadi panduan sahaja dan tidak semua wanita akan mengalaminya dan ia tidak spesifik untuk kehamilan sahaja.

Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi

Tanda-tanda yang sering dikaitkan dengan kehamilan:

  • Haid lewat atau tidak datang haid

Haid lewat adalah antara tanda atau gejala yang menyebabkan kegelisahan atau menimbulkan keraguan dalam kalangan wanita kerana ia sering dikaitkan dengan kehamilan. Namun begitu, harus diingatkan bahawa, tidak semua masalah haid lewat adalah berpunca daripada kehamilan.

Haid lewat boleh disebabkan oleh tekanan emosi, perubahan jadual harian, masalah hormon tiroid atau kelenjar yang berkaitan, pengambilan pil kontraseptif, sindrom policystic ovari atau masalah lain pada mana-mana struktur faraj, rahim atau ovari.

Namun begitu, bagi wanita yang aktif dalam hubungan seksual dan mempunyai kitaran haid yang tetap, haid lewat boleh dijadikan sebagai salah satu tanda kemungkinan hamil. Oleh itu, bagi wanita yang mepunyai kriteria sebegini, mereka boleh menjalankan ujian kehamilan setelah seminggu atau dua minggu haid lewat.

  • Mual, loya atau muntah

Gejala kedua yang sering dikaitkan dengan kehamilan adalah loya dan muntah atau lebih dikenali sebagai “morning sickness”. Gejala mual, loya dan muntah sering berlaku pada awal kehamilan akibat paras hormon beta h-cg yang meningkat dan menyebabkan perubahan pada pola pengecutan dan pengembangan perut dan usus.

Tetapi, seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tidak semua wanita akan mengalami gejala ini, malah tahap keseriusan gejala ini juga adalah berlainan. Sesetengah wanita hanya mengalami loya tapi tak muntah , manakala wanita lainnya mengalami loya yang disertai muntah. Terdapat sejenis keadaan yang dipanggil “hyperemesis gravidarum”, dimana wanita hamil yang mengalami keadaan ini mengalami gejala mual dan muntah yang teruk hingga terpaksa mendapatkan bantuan perubatan akibat dehidrasi dan tiada tenaga akibat tidak mampu makan dan minum.

  • Saiz payudara membesar dan payudara menjadi lebih sensitif

Perubahan hormon ketika kehamilan juga menyebabkan wanita mengalami perubahan pada bahagian payudara mereka. Selain reaksi daripada perubahan hormon, perubahan ini juga adalah persediaan payudara untuk menghasilkan susu selepas melahirkan kelak. Pada awal kehamilan, wanita mungkin akan merasakan payudara mereka lebih sensitif dan terdapat perubahan dari segi saiz yang meningkat.

Sesetengah wanita juga perlu menukar saiz bra mereka kepada saiz yang lebih besar. Wanita mungkin tertanya-tanya payudara sakit saat hamil berapa minggu ? Namun, persoalan ini tidak boleh dijawab kerana setiap wanita boleh mengalaminya pada waktu kehamilan yang berbeza. Malah terdapat wanita yang langsung tidak mengalaminya.

Perubahan lain yang boleh berlaku kepada payudara ketika hamil adalah kewujudan benjolan pada payudara yang mungkin disebabkan oleh cyst (kista) atau tisu fiber yang bergumpal. Benjolan atau ketumbuhan ini adalah tidak berbahaya dan merupakan perubahan yang biasa berlaku ketika hamil. Namun begitu, wanita yang mengesan benjolan pada bahagian payudara tidak kira semasa hamil atau tidak haruslah merujuk perkara ini kepada doktor agar pemeriksaan dapat dilakukan bagi memastikan benjolan yang wujud benar-benar tidak berbahaya.

  • Kerap kencing

Akibat saiz rahim yang semakin membesar, ciri-ciri lain yang boleh dirasai oleh wanita ketika hamil adalah kerap membuang air kecil. Gejala ini mungkin menyebabkan seorang wanita kurang selesa dan agak leceh pada awalnya, namun akan menjadi kebiasaan selepas beberapa lama.

Apabila kandungan semakin membesar, rahim yang terletak di atas pundi kencing wanita juga akan menekan organ tersebut dan sesetengah wanita mungkin boleh mengalami gejala sukar menahan kencing atau dipanggil “incontinence”. Jika dibiarkan, gejala ini boleh berlarutan sehingga selepas bersalin. Oleh itu, para ibu hamil disarankan untuk sering melakukan senaman kagel bagi menguatkan otot dan mencegah keadaan ini.

Selain itu, gejala kerap kencing juga boleh disebabkan oleh masalah kencing manis dan jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI). Oleh itu, jika gejala kerap kencing disertai oleh sering merasa haus atau masalah pedih atau sakit ketika kencing, sila laporkan kepada doktor anda agar pemeriksaan paras gula dan ujian air kencing dapat dilakukan.

  • Keletihan

Wanita hamil juga lebih mudah letih. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh serta pelbagai proses fisiologi yang berlaku ketika kehamilan. Peningkatan hormon progesterone di dalam tubuh wanita hamil menyebabkan wanita lebih kerap mengantuk. Tubuh wanita juga akan mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh terutamanya ke bahagian rahim bagi membekalkan keperluan oksigen dan nutrient kepada bayi yang sedang berkembang. Segala perubahan ini juga menyebabkan wanita lebih sensitif atau mudah merasa tertekan. Oleh itu, tidak hairanlah keletihan merupakan salah satu ciri-ciri yang boleh dilihat pada wanita hamil pada fasa awal kehamilan.

  • Deria bau lebih sensitif

Deria bau wanita hamil terutamanya pada fasa awal kehamilan juga lebih sensitif. Terdapat pelbagai pendapat yang menerangkan punca deria bau wanita lebih sensitif ketika hamil, namun mekanisma di sebalik keadaan ini masih belum difahami sepenuhnya. Terdapat pendapat yang menyatakan aliran dan isipadu darah yang meningkat ketika kehamilan menyebabkan lebih banyak darah sampai ke otak dan ini membuatkan deria bau wanita menjadi lebih sensitif. Pendapat lain menyatakan, ia juga merupakan mekanisma perlindungan kepada anda dan bayi bagi mengelakkan bahan-bahan berbahaya seperti rokok.

Gejala deria bau yang lebih sensitif ini juga menyumbang kepada alahan atau gejala tekak loya dan muntah (morning sickness) yang lebih teruk. Bau yang kurang menyenangkan boleh menyebabkan wanita hamil lebih loya dan mencetuskan muntah.

  • Pendarahan kecil

Sesetengah wanita mengalami gejala pendarahan kecil ketika awal kehamilan. Gejala ini juga dipanggil pendarahan implantasi kerana ia berlaku apabila proses implantasi embrio yang telah bersenyawa di dinding rahim menyebabkan sedikit darah jatuh dari permukaan ini dan keluar sebagai pendarahan kecil. Walaupun gejala ini tidak berbahaya, tetapi wanita hamil yang mengalami sebarang gejala pendarahan pada mana-mana fasa kehamilan haruslah segera merujuk kepada doktor agar pemeriksaan ke atas anda dan kandungan dapat dilakukan. Hal ini adalah kerana, gejala pendarahan boleh disebabkan oleh perkara seperti keguguran, masalah pada plasenta (uri) atau masalah pada bayi sendiri.

  • Keputihan

Disebabkan paras hormon yang lebih tinggi semasa hamil, wanita mengandung juga akan mengalami keputihan yang lebih banyak. Warna keputihan ketika hamil biasanya adalah putih dan pekat seperti bancuhan tepung serta tidak berbau.

  • Perubahan selera makan

Ramai wanita hamil yang melaporkan mengalami perubahan selera makan pada awal kehamilan. Gejala ini mungkin disebabkan oleh deria bau yang sensitif atau gejala morning sickness yang menyebabkan para ibu hamil kurang selera untuk makan lebih-lebih lagi bagi makanan yang mempunyai bau yang kuat. Namun begitu, para ibu haruslah memastikan pengambilan nutrient yang cukup dan seimbang bagi memastikan kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang sihat. Segera ke hospital jika mengalami gejala muntah atau mual yang teruk sehingga menjejaskan pengambilan makanan dan minuman anda.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

AdobeStock_2702651%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)