Sulit
5 tahun
Takut tentang covid-19, went to saloon where there was a confirmed case
Pada minggu lepas saya pergi ke saloon di Melawati Mall yang telah dikunjungi seorang yang disahkan mendapat jangkitan covid-19. Setakat ini saya hanya berasa sakit tekak, patutkah saya pergi buat testing? Btw saya ke saloon itu 4 hari selepas patient tersebut ke saloon itu.
5 tahun
Salam sejahtera, saya memahami bahawa anda mengunjungi saloon yang juga dikunjungi pesakit jangkitan COVID-19 dan kini anda mengalami sakit tekak. Anda disarankan untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19). Sila ikuti arahan selepas anda menjawab kuiz tersebut.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap anda akan cepat sembuh dan terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































