
Sulit
3 tahun
Takut untuk membuang air besar
assalamualaikum . saya nak tanya , 30sep baru ii ni saya baru lepas melahirkan . dan sampai sekarang takut untuk buang air besar , adakah tu perkara normal ? sebab saya takut jahitan tu terbukak . ada apa ii ubat yg boleh buat saya senang untuk membuang yg jual di farmasi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jahitan yang biasa digunakan amat kuat, dan doktor telah periksa luka anda sebelum discharge balik rumah, kemungkinan jahitan itu terbuka adalah amat rendah. Selain itu, anda boleh ambil ubat tahan sakit yang ditetapkan oleh doktor anda untuk mengurangkan kesakitan pada luka, boleh buang air besar seperti biasa.
Untuk senangkan membuang air besar selepas bersalin,
- Pastikan anda minum air yang secukupnya untuk mengelakkan sembelit dan untuk lembutkan air besar.
- Sekiranya diperlukan, anda boleh ambil ubat pelembut najis, seperti Colace atau Dulcolax, dari farmasi, cuma jangan kerap bergantung pada ubat ini sebab boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, penyahhidratan dan selainnya.
- Makan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, serta berminum air untuk melancarkan proses pembuangan.
- Anda boleh berjongkok atau bersandar ke hadapan ketika membuang air besar, tarik nafas dan perlahan-lahan bernajis sambil menghembus nafas, jangan tergesa, ambil masa untuk menyelesaikan pembuangan anda.
Selain itu, jaga kebersihan luka jahitan juga amat penting, anda boleh membersihkan luka dengan air suam dan pastikan luka dikeringkan selepas bersih untuk membantu penyembuhannya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).