
Sulit
4 tahun
Tanda awal hamil sangat jelas tapi tidak hamil
Saya wanita berumur 19an dan telah berkahwin ketika 02/9/2020. Selepas dua minggu tarikh bersetubuh (24/9/2020) saya telah mengalami tanda awal hamil bermula 11/10 seperti mudah loya ,senang berasa loya dan nak muntah ketika bau benda hanyir sedangkan sebelum ini tidak pernah. Sy mengidam makanan smpai menangis, Saya juga cepat letih, selera makan bertambah,satu malam saya kekejangan perut sangt sakit… Suami sy fikir sy hamil… Tapi ternyata tidak… Ketika wktu kejadian sy juga ada minum air bergas… Mungkin keguguran atau ada masalah lain? haid datang lmbt sepatutnya 14/11 tapi haid sy dtg 19/11…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Berat untuk saya menyatakan bahawa haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita puan, ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Untuk makluman puan juga, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.