Sulit
4 tahun
Tanda hamil atau masalah kesihatan yang lain
Hai doktor. saya wanita berumur 26 tahun. saya sudah berkahwin belum mempunyai anak. pernah mengalami sejarah keguguran pada bulan 6 tahun 2020. selepas itu darah haid saya datang pada 10/8/2020-17/8/2020 dan seterusnya bulan 9 bertarikh 19/9-25/9 manakala bulan 10 pada 29/10-4/11. Jangkaan tarikh haid saya seterusnya sepatutnya pada 8/12/2020 tapi sehingga kini masih tidak lagi. saya ada melakukan ujian kehamilan upt test air kencing pada 11/12/2020 dan keputusannya negatif. saya ada rasa letih, kerap kencing, sembelit. adakah saya ada masalah kesihatan lain doktor? mohon pencerahan doktor. terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























