helangtanah
4 tahun
Tanda kehamilan meskipun tiada melakukan hubungan
Saya seorang gadis berusia 23 tahun…saya mengalami tanda² hamil tetapi Saya tidak melakukan sebarang hubungan intim…kenapa itu boleh berlaku…mohon penjelasan dari doktor terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengetahui seseorang itu hamil ataupun tidak, ujian kehamilan perlu diambil serta dipastikan dengan doktor. Tanda-tanda kehamilan seperti muntah di waktu pagi, tidak datang haid dan perubahan ‘mood’ tidaklah spesifik atau definitif untuk kehamilan sahaja. Pelbagai diagnosis boleh menyebabkan gejala-gejala yang serupa. Maklumat tambahan seperti kali terakhir datang haid, ubat-ubatan serta sejarah perubatan perlu diambil kira bagi mengenalpasti punca kepada kerisauan cik/puan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.