
Sulit
5 tahun
Tanda tanda awal stoke
Isteri saya mulut nampak jatuh.adakah tanda2 stoke?ape perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, berikut adalah tanda-tanada awal stroke seperti:
- Satu sisi mulut jatuh
- Satu sisi tangan lemah
- Sukar berbicara
Tanda-tanda lain adalah seperti muntah dan pengsan. Sekiranya anda curiga stroke dan isteri mempunyai risiko penyakit stroke seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dan diabetes, silakan untuk segera membawa isteri ke unit kecemasan hospital secepatnya kerana stroke perlu ditangani segera.
Untuk info lanjut, klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.