
Sulit
5 tahun
Tanda tanda seseorang mempunyai asma
Hai doktor saya berumur 19 tahun saya nak bertanya apakah tanda2 paling ketara seseorang yang mempunyak asma dan cara ingin memastikan seseorang mempunyai asma

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, asma adalah penyakit kronik saluran pernafasan. Keradangan saluran udara menyebabkan saluran udara menjadi sempit sekali gus menyukarkan pernafasan dan mengakibatkan gejala asma termasuk batuk, bunyi berdeham semasa bernafas, sesak nafas, dan sesak dada. Sekiranya teruk, asma boleh menjejaskan aktiviti normal dan keupayaan untuk bercakap.
Serangan asma pula mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam. Gejala mungkin berlaku pada awal pagi atau pada waktu malam. Simptom yang menandakan serangan asma adalah seperti berikut:
- Bunyi berdeham atau “wheezing” semasa bernafas
- Sesak nafas
- Ketat dada
- Batuk
- Kesukaran bercakap
- Keletihan
- Jantung berdebar-debar
- Penggunaan otot aksesori untuk bernafas
- Kadar pernafasan berkurang
Cara untuk menentukan diagnosis asma ialah melalui ujian fungsi paru-paru untuk membezakan asma daripada penyakit saluran pernafasan yang lain. Sejarah kesihatan dan keluarga juga akan diambil kira dalam menentukan jika anda mempunyai asma.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.