
Sulit
3 tahun
Tanda wanita yang masih berdara dan tidak
Saya wanita dalam 20 an ingin bertanya apakah tanda yg kita dapat kenal pasti sekiranya kita masih ada dara atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, selaput dara adalah satu lapisan tisu yang nipis yang separa terbuka di dalam faraj perempuan. Ia boleh terkoyak apabila dimasukkan sesuatu seperti zakar dan lain-lain objek seperti tampon dan jari. Ia juga kadangkala boleh terkoyak semasa melakukan aktiviti lasak seperti sukan berbasikal, sukan ekstrem dan lain-lain. Namun, beberapa wanita tidak akan sedar bahawa selaput dara mereka sudah koyak kerana tiada kesakitan atau pendarahan berlaku. Mempunyai selaput dara yang koyak tidak bermakna seorang wanita telah kehilangan daranya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan