
Sulit
3 tahun
Tanda2 hamil tetapi opk negatif
Saya dah 3thn kawin. Ttc smpi skrg. Period tak penah regular. Kdg2 3bulan skali baru period, mcm2 cara dah cuba, jumpa ramai pakar o&g, berurut masih tak regular period. Sehinggakan sy amalkan makan bawang dan halia hitam period sy mula regular selama 2bulan berturut2. Pd bulan ketiga sy mengalami krem dibahagian perut kiri dan kanan, mula mual, mengidam macam2 dan mudah sakit kepala kerana angin serang kerap kali dlm masa sehari dan berlanjutan sehingga 2minggu. Bila cek opk negatif jugak, ada kah kerana usia kandungan msih baru sehinggakan test menunjukan negatif, sudah jumpa doc dan scan jugak tiada apa2 pada rahim. Doc cakap mungkin terlalu awal. Tetapi sudah lebih 2 minggu dari tarikh sy jumpa doc masih negatif ujian opk. Bantu saya please. Apa patut sy buat utk saya hamil… Bila waktu sesuai utk sy cek/scan perut sy… Biasa ke simptom2 ini bg wanita mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai ujian OPK ( Ovulation Predictor Kits ) atau dikenali sebagai ovulation test yang sentiasa positif sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, ujian OPK ini berfungsi untuk memantau hormon yang mendorong ovulasi iaitu Lutenizing Hormone dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika berovulasi.
Selalunya, untuk mendapatkan keputusan OPK yang betul, ujian tersebut harus negatif ketika sebelumnya ia menjadi positif. Sekiranya ia dalam keadaan yang sentiasa positif, ia boleh berpunca oleh beberapa sebab.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah yang anda hadapi, iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit pituitari (Ketumbuhan, keradanga etc.)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Menopaus
- Masalah kesuburan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!