
Sulit
4 tahun
Tangan dan perut cramp
saya wanita berumur 36 tahun. baru2 ini saya sangat marah dan saya tidak dapat lepaskan kemarahan tu sehingga kedua tangan saya kejang dan perut saya juga rasa kejang. selain itu saya mengalami kesukaran bernafas ketika itu. adakah ianya strok?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umumnya kondisi marah pada manusia boleh memicu peningkatan hormon dan zat yang terkait dengan sistem persarafan tubuh. Gangguan terhadap sistem persarafan ini dapat menjadi salah satu kemungkinan penyebab kekejangan & kesukaran bernafas yang anda alami. Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyeabkan keluhan yang hampir sama. Antaranya
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan pra menstruasi
- gangguan otot & saraf
- gangguan cemas/stress melampau
- tanda-tanda kekurangan rehat/air/gula dalam tubuh
Untuk pengetahuan anda juga, strok atau angin ahmar merupakan suatu kondisi dimana berlakunya penyempitan, penyumbatan atau trauma pada saluran darah di bahagian otak. Keadaan ini menyebabkan kawasan otak yang terkesan mengalami penurunan fungsi dan akibatnya, beberapa fungsi tubuh, seperti pergerakan, fungsi otot, koordinasi, dan lain-lain akan mengalami gangguan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Namun untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).