
Sulit
4 tahun
Tangan gatal bengkak
jari tangan saya bengkak gatal dan sakit…sebelum ini lebih kurang seminggu lepas saya terkene pisau pada jari…selepas itu jari membengkak dan gatal…selepas usru pada bahagian itu…bengkak itu berpindah ke tempatckain…tetapi hnya disekitar jari itu sahaja…iainya sangat menyakitkan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
- Alahan pada persekitaran
- Trauma
- Masalah kulit dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih