
Sulit
4 tahun
Tangan sakit kebas dan penat
Saya perempuan berumur 23 tahun. .mengalami sakit tangan yang teruk. .kebas. .penat dri bahu ke hujung2 jari. .kadang pegang sesuatu pun blh terjatuh. .tidak dapat dibawa buat kerja lama. .genggam pun tidak kuat. .kadang mahu angkat ke atas pun sakit. .kembang di bahagian tapak tangan ibu jari. .urat2 smua timbul. .kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Carpal Tunnel Syndrome
- Trauma pada tulang belakang
- Penyakit autoimmune
- “Ganglion cyst” menghimpit saraf
- strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.