
Sulit
4 tahun
Tegang dekat ari ari tanda pregnant ke?
hi. sy ada masalah period tidak terAtur sejak dari pada bangku sekolah lagi… sekarang selepas kahwin period sy masih lagi tidak terAtur. sy ada berjumpa doktor, doktor cakap normal sbb perubahan hormon. sy dah lewat period 50hari. sy perAsan dua tiga hari ni bila sy berdiri sy tekan dekat ari2,rasa tegang dekat ari2. sy takde rasa sakit cuma rasa tegang. malahan dua tiga hari ni sy kerap kencing. kencing tiada masalah, kencing sy lawas.
minggu lps sy ada check upt tp negatif, last sy check upt dekat line T keluar line putih…
bupan lps sy ada berjumpa doktor scan alhamdulillah sy tiada cyst, semua normal.
ada kemungkinan ke rasa tegang dekat ari2 sebab sy pregnant?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah tidak datang haid.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal adalah setiap 28-34 hari dan berlaku selama 2-8 hari. Sekiranya haid anda tidak datang, terdapat beberapa sebab termasuklah :
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ketegangan yang berlaku pada ari-ari anda tidak boleh saya simpulkan. Maklumat dn pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengetahui kondisi sebenar.
Berkenaan ujian UPT pula, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.