Sulit
4 tahun
Tekak berasa panas dan suhu naik tidak lebih 37.5 setiap 6 jam
Saya berusia 35 thn. Tekak saya berasa panas dlm 3 4 hari. Suhu naik sehingga 37.5 setiap 6 jam dan terpaksa mengambil panadol bagi melegakan rasa panas.Bagaimana cara melegakan tekak yg panas. Saya telah mendapat antibiotik daripada doc dan esok hari terakhir pengambilan selepas 3 hari.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan gejala-gejala yang cik/puan nyatakan, sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Refluks asid (refluks boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan kahak terhasil ketika tidur)
- Esofagitis (radang esofagus)
- Jangkitan kuman
- Ulser oro-faringus
- Kandidiasis
Memandangkan rawatan antibiotik masih lagi tidak membantu masalah anda, terdapat beberapa kemungkinan yang anda hadapi.
- ubat tidak sesuai
- organisme yang “resistant” kepada antibiotik tersebut
- salah diagnosis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.