
Sulit
5 tahun
Tekak kering dan berasa panas
Saya berumur 43 tahun dan telah seminggu saya mengalami rasa panas di bahagian tekak tapi tidak bengkak dan masih boleh minum dan makan seperti biasa kadang kadang rasa mau batuk dan demam kerana tidak merasa selesa dengan rasa panas di tekak dan saya boleh merasa hingus dari hidung bila menelan liur tetapi tidak selsema dan untuk pengetahuan Doktor saya memang ada masaalah sinus. Sebelum saya mengalami panas di tekak saya telah mengalami gastrik yang teruk sedikit cirit birit dan telah menyapu cream panas di belakang badan saya dan kaki dan pada malam yang sama tekak saya telah menjadi panas sehingga ke hari ini. Saya juga pernah membuat allergik test dan keputusannya Cat Dander s5 units 96 Class 2 Positive, Mite Farinae d2 units >300 Class 4 Very Positive, Mite Pteronyssinus d1 units 123 Class 2 Positive dan saya memang ada membela dua ekor kucing dirumah sekarang. Saya tidak keluar negara telah ke KL pada 14hb Mar dan telah melepasi kuarantin. Saya juga minum air masak sebanyak 2L sehari dan kencing banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan gejala-gejala yang cik/puan nyatakan, sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Refluks asid (refluks boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan kahak terhasil ketika tidur)
- Esofagitis (radang esofagus)
- Jangkitan kuman
- Ulser oro-faringus
- Kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.