
Sulit
2 tahun
Tekak kering n batuk
sy x demam dan x selsema,tapi tekak sy selalu kering dan sy akan batuk.sy ada ambil pil perancang dan sy ada resdung kdg2 ada mkn ubt resdung beli dekat farmasi.18.3.20 sy ada pergi klinik check sebab batuk dan doktor ada bagi ubt batuk.tapi lps mkn sy lagi batuk,sy stop ubt batuk tu sekarang time tidur sy akan kering tekak dan batuk lps minum air kosong dia kurang.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala batuk dan kering tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kurang minum air
- Tercekik makanan/ terdapat benda asing pada saluran pernafasan
- Masalah kesihatan seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.