
Sulit
4 tahun
Tekak terasa ada biji dan tersumbat tetapi bukan setiap hari
Saya wanita berumur 19 tahun. Saya mengalami rasa tidak selesa di tekak selama 3 minggu tetapi tidak berpanjangan, hanya datang sekejap sekejap. Saya merasakan ada sesuatu di dalam tekak saya dan kalau berbaring terasa tercekik. Saya dapat bernafas dan makan dengan normal. Leher saya selalu tegang dan berdenyut. Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala terasa mempunyai sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh berbagai jenis keadaan tubuh, lazimnya termasuk:
- tonsil yang membesar
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
boleh juga disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- benda asing di tekak
- mahupun perasaan cemas atau stres semata-mata
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus dari dokor pakar yang sesuai, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- memastikan makanan dikunyah sepenuhnya sebelum menelan
- kurangkan makan makanan yang terlalu kering
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor sekiranya gejala berlarutan atau menggangu rutin harian anda
Pakar sakit mulut dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.