Sulit
2 tahun
Tekak terbakar,kebas,sesak nafas
Saya lelaki dalam 20’an . Saya merasa pedih hulu hati selepas makan seperti tekak dan dada terbakar semenjak sebulan lepas…Kesihatan saya semakin merosot apabila mula sesak nafas,muntah dan mual.Selain itu saya juga merasa kebas2 di anggota seperti tangan kiri dan kaki kiri
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan kesimpulan.
Akan tetapi, masalah pedih hulu hati anda berkemungkinan disebabkan oleh GERD.
Selain itu, masalah kebas boleh disebabkan oleh
Masalah saraf seoerti Carpal Tunnel Syndrome
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.