
Sulit
4 tahun
Tekanan darah tinggi dan jantung laju
hi sy seorang wanita berumur 28tahun…tiga hari lepas sy ke klinik panel utk check tekanan darah…dan result bacaan atas sy 186 dan bawah adalah 122…waktu itu adalah pada waktu pagi 8pagi…sedang bercuti…dan bukan dalam keadaan penat…dan result denyutan jantung sy 118…adakah ia normal?sy repeat check lg sekali pada waktu malam semalam…selepas berehat bertenang dirumah…result dalam keadaan lepas berehat tanpa penat bekerja…169/104…jantung sy doktor panel info agak laju…disini soalan sy…perlu ke sy pergi ke hospital?sy terasa perit di jantung sy…dan kebas kebas di tangan dan kaki sy…sakit kepala yg terlampau…dan pandangan mata sy kabur…adakah keadaan sy skrg ni serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdegup laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk sakit kepala, ianya boleh berpunca daripada:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid dan masalah kesihatan yang lain
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi