
Anonymous
5 tahun
Tekanan darah tinggi vs pening
Nenek saya berusia 69 tahun, menghidapi tekanan darah tinggi. Beliau telah mengambil ubat di klinik kerajaan pd 8/7 bru2 ni. Ada 4 jnis ubat yg dberi.
- Potassium Chloride 600mg SR tab
- Metoprolol Tartrate 100mg tab
- Amlodipine 10mg tab
- Hydrochlorothiazide 25mg tab
Pd malam 8/7 dia telah mengambil metoprolol 1/2 bji mngikut sranan Dr. Keesokan pagi beliau ambil ubat Amplodipine dan hydrochlorothiazide dan selepas itu beliau pening kepala sehingga ke hari ini.
Adakah perlu berjumpa dgn Dr atau memang ianya kesan biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pening kepala boleh disebabkan kesan sampingan ubat atau tekanan darah terlalu tinggi atau tekanan darah terlalu rendah. Sangat baik jika anda boleh memeriksa tekanan darah di rumah bagi memastikan tekanan darah berada dalam julat yang normal.
Anda boleh terus ke klinik bagi memastikan ia bukan disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi atau rendah atau berpunca dari permasalahan yang lain.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.