
Sulit
4 tahun
Telinga kanan saya berdesing dan kurang jelas
berdesing dan juga kurang dengar dibahagian telinga kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca telinga berdesing:
- Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.