
Sulit
5 tahun
Telinga kiri sy berbau kurang menyenangkn
Sy nak tanye…knp telinga sy sebelah kiri…berbau kurang menyenangkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya anda jelaskan apakah terdapat gejala tambahan pada anda seperti demam, sakit telinga, gatal, riwayat aktiviti/ hobi dan sebagainya. Umumnya, telinga berbau boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Jangkitan telinga akibat kuman ataupun kulat
- Sumbatan telinga akibat kotoran ataupun benda asing seperti permainan
- Jangkitan tulang telinga akibat proses inflamasi (keradangan)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.