
amalnrs_91
4 tahun
Telinga sakit mencucuk
baru-baru ini saya ada melancong ke luar negara. ketika kapal terbang ingin mendarat,dalam telinga, mata, gusi dan gigi bahagian kanan saya terasa sangat perit dan sakit seolah-olah dicucuk. Sebelum ini saya tiada mengalami masalah berkenaan. boleh saya tahu cara untuk mencegah dan adakah saya perlu berjumpa dengan pakar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini adalah normal bagi segelintir pesakit kerana tekanan di dalam kapal terbang.
Bagi mengelakkannya:
- kunyah gula- gula
- telan air liur
- minum air
- makan gula-gula getah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.