
Sulit
4 tahun
Tempoh melakukan senaman untuk tambah ketinggian
Saya perempuan berumur 14 tahun 2 bulan saya nak minta nasihat doktor… Tempoh waktu bersenam tambah tinggi berapa kali seminggu? Saya pernah cuba melompat 1000 kali hampir setiap hari dan belum masuk sebulan lagi saya dah berhenti kerana terasa sakit di bahagian buku lali…kemudian saya mencuba senaman stretching kerana saya ini cara paling senang untuk tambah ketinggian…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa eksesais dan makanan berkhasiat hanyalah perangsang kepada pembesaran dan kesihatan tubuh yang lebih ideal. Walau bagaimanapun tidak semua senaman atau makanan berkhasiat itu akan mempunyai kesan yang sama pada setiap individu.
Justeru itu, setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Maka, walaupun kajian mendapati bahawa senaman mempunyai seribu macam kebaikan pada tubuh, saya tetap menyarankan anda untuk
- tidak melakukannya di luar kemampuan tubuh
- senaman yang terlalu intensif atau agresif tanpa rehat
- senaman yang tidak mematuhi cara yang direkomendasikan
Agar anda tidak mencederakan diri sendiri atau memberi kesan yang sebaliknya pada tubuh.
Lazimnya antara senaman yang terkait dengan ketinggian termasuk:
- bergayut
- berenang
- berbasikal
- merenggangkan otot
- dan lain-lain
Ingin penjelasan lanjut dari doktor? Pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.