Sulit
5 tahun
Tempoh untuk ketuat di kemaluan lelaki hilang dengan sendiri
Saya lelaki,umur 15.saya ada ketuat macam jerawat…kecil sahaja dan rasa tidam sakit jika kencing atau basuh,berapa lama tempoh untuk ketuat hilang dengan sendiri
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya ketuat pada zakar boleh hilang dengan sendiri tanpa rawatan dalam jangka masa beberapa bulan hingga 2 tahun. Ketuat pada zakar berpunca daripada jangkitan HPV. Jika tidak mendapatkan rawatan, virus tersebut kemungkinan masih berada di dalam badan dan ketuat boleh kembali semula dalam keadaan lebih teruk dan besar.
Namun begitu, ini hanyalah penerangan am tentang ketuat, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan benjolan seperti ketuat pada bahagian kemaluan juga. Antaranya:
- Jangkitan herpes genital
- Jerawat
- Kista (“cyst”)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi kerana pemeriksaan perlu dilakukan sebelum mendapatkan diagnosis dan rawatan. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































