
Sulit
4 tahun
Tentang haid , anxiety , dan depresssion
Hi , saya berumur 19 tahun . Tahun lepas saya tak datang haid sekitar setahun , tetapi selepas pergi buat pemeriksaan tahun lepas , saya dinyatakan tidak mempunyai sebarang penyakit seperti kanser rahim atau sebagainya , dan selepas pemeriksaan mereka memberi saya ubat " turun darah " , apabila saya makan haid saya hanya dalam tiga kali sebulan dan last datang bulan 8 tahun lepas dan sampai sekarang masih tidak datang , saya juga sering sakit kepala , belakang , perut , dan cepat panic , adakah anxiety atau depression dapat memberi pengaruh kepada haid ? atau saya kekurangan darah ? dan saya sedikit gemuk

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tidak datang haid atau haid lewat secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Masalah sakit kepala pula boleh disebabkan oleh:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Berkemungkinan besar juga masalah tekanan emosi atau mental memberikan kesan terhadap permasalahan kitaran haid yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar O&G dan psikiatri untuk mendapatkan penerangan serta rawatan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.