
tracysze2197
5 tahun
Tentang pil postinor 2
hai doctor…sy berumur 23…dan mlm smlm sy telah mengadakan hubungan sex dgn suami…dan bru pagi ni kira pkul 10 lebih sy memakan dua biji skali gus pil postinor…ada kah cara memakan pil itu salah?sy bru hbis dtg period pada 5 hari bulan 10 ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, cara-cara mengambil postinor adalah seperti berikut:
1.Pil perancang kecemasan yang mengandungi hormon progesterone harus diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan untuk mencegah kehamilan.
- Pil-pil yang mengandungi hormon progesterone seperti pil Postinor datang dalam bentuk 2 biji pil setiap pek.
- Pil pertama harus diambil serta merta manakala pil kedua harus diambil 12 jam selepas pil pertama.
- Ada juga pil jenis hormon progesterone yang datang dalam bentuk satu biji pil sahaja yang harus diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
- Pil perancang kecemasan lain yang mengandungi bahan ulipristal harus diambil dalam masa 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan. Pil tersebut datang dalam bentuk satu pil sahaja.
Sekiranya anda mempunyai persoalan lain, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan k Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.