Sulit
5 tahun
Terangsang selepas kencing
Saya remaja perempuan. Saya selalu akan terangsang setiap kali lepas kencing walaupun tiada apa-apa sexual stimulation. Saya perasan yang saya ada simptom-simptom PGAD tapi tak pasti. Ada tak ubat untuk sakit ni? Saya perlu berjumpa dengan siapa untuk membuat diagnosis?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah PGAD atau “Persistent Genital Arousal Disorder” merujuk kepada masalah dimana pesakit mengalami kerangsangan seksual tanpa stimulasi seksual. Terdapat beberapa faktor kepada permasalahan ini seperti:
- Masalah pada saraf pudendal
- Masalah kesihatan mental/ psikiatri
- Terdapat laporan dimana pesakit mengalami PGAD selepas melakukan pembedahan otak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































