
Sulit
4 tahun
Terasa bibir vagina nipis dan pedih
Saya wanita 20an dan saya mengalami vagina yang saya rasa nipis dan sakit.Ianya nya membuatkan saya merasa tidak selesa dan kadang terasa pedih bila membuang air kecil.Apakah punca dan bagaimana cara untuk merawati dan mengatasi sakit ini?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun secara umumnya gejala pedih ketika kencing (atau disuria) - yang boleh diiringi dengan rasa panas & gatal di kawasan kelamin, inkontinensia atau sulit menahan kencing - boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- Tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.