
Sulit
4 tahun
Terasa gatal pada kemaluan
Saya wanita berusia akhir 20 an. Saya masih bujang. Saya mengalami kegatalan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Masalah keputihan
- Jangkitan kulit (bakteria, kulat atau virus)
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
- Vaginitis
Walaupun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengetahui masalah dan punca sebenar dan pemeriksaan doktor adalah diperlukan untuk mencapai diagnosis. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.