
Sulit
4 tahun
Terasa ngeri pada kemaluan&bawah perut
Saya remaja 18 tahun dan merupakan seorang atlet angkat berat… Sejak kebelakangan ini saya rasa sakit pada faraj & bawah perut saya & saya tidak tahu apa penyebabnya… boleh & doctor tolong terangkan punca dan rawatan yangperlu saya buat

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Bedasarkan keterangan yang dinyatakan, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit pada faraj dan bawah perut dan kemungkinan kedua-dua simptom ini berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak. Oleh itu, jawapan yand diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda. Informasi yang diberi tidak mencukupi untuk memberi konklusi yang tepat dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda jika ingin mengetahui lebih lanjut.
Untuk makluman anda, sakit pada faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Sista ovari (PCOS)
- Pelvic inflammatory disease (PID) - penyakit keradangan bahagian pelvis
- Penyakit angin pasang inguinal
- Prolaps faraj (Lebih terdorong kepada golongan yang sering mengangkat berat - high abdominal pressure)
- Kilasan ovari
- Kehamilan ektopik.
Mengenai rawatan yang diperlu, kami cadangkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan lebih tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai bagi penyakit yang anda hadapi. Anda juga boleh Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.