Sulit
2 tahun
Terasa pedih dan ngilu
Saya mengalami ngilu(bila gesel dgn seluar )dan pedih(kadang2 tapi smasa buang air kecil dan ketika keluar air mani)bila bersama disaat nak klimak …ada mse terasa pedih selepas buang air kecil dan semasa lepas bersama …tiada tanda2 sperti nanah tapi pedih bahagian saluran kencing(kepala zakar)
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, rasa pedih dan ngilu semasa membuang air kecil dan ketika keluar air mani boleh mempunyai pelbagai puncanya seperti:
- jangkitan saluran kencing
- penularan penyakit seksual
- radang prostat
- batu karang
- kesan sampingan ubat
Tanpa maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan lengkap, adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hidapi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.