
Sulit
5 tahun
Terasa seperti ada benda tesekat dekat dada
saya ygwanita brumur 20an mengalami maalah di atas serta angin ketika kehamilan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah dada tidak selesa semasa kehamilan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid dari perut
- Pembesaran janin anda menolak organ abdomen anda ke atas
- Anemia dalam kehamilan
- Ketidakhadaman makanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar ibu dan anak anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.