
amin
6 tahun
Tercucuk Jarum dan Hep B
Hi Doktor. Saya pekerja pembersihan dekat hospital, haritu saya kutip sampah dan tercucuk jarum. Saya takut kena hep B, macam mana nak tahu saya dijangkiti ke tidak?

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas pertanyaan anda.
Virus hepatitis B merupakan sejenis virus yang disebarkan melalui cecair badan seperti darah. Oleh itu, anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap hepatitis B jika anda tercucuk jarum.
Jangkitan virus hepatitis B boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan organ hati dan barah hati. Selain virus hepatitis B, anda juga mempunyai risiko tinggi untuk menghidap jangkitan virus lain seperti HIV dan hepatitis C.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor di hospital dengan segera. Ujian darah akan dijalankan untuk mengesan sama ada anda telah menghidap jangkitan virus hepatitis B.
Sementara menunggu keputusan ujian darah, ubat antivirus akan diberi kepada anda untuk membunuh sebarang virus hepatitis B di dalam badan anda. Jika ujian darah mengesahkan bahawa anda menghidap jangkitan hepatitis B, rawatan akan dimulakan secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi serius.
Jika ujian darah tidak mengesahkan jangkitan virus hepatitis B, doktor akan membuat ujian darah sekali lagi selepas beberapa bulan untuk mengesahkan bahawa anda bebas dari jangkitan virus hepatitis B.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.
Saya sarankan anda untuk menjalani ujian untuk memastikan keadaan anda kerana Hepatitis B berjangkit melalui melalui:
- Jarum suntikan yang tercemar
- Pemindahan darah atau produk darah yang tercemar
- Sentuhan dengan cecair badan seperti air liur, air mani dan cecair faraj) atau hubungan seksual
Kebanyakkan pesakit Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah:
- Kurang selera makan
- Loya
- Muntah
- Perut rasa tidak selesa
- Sakit sendi
- Ruam
- Kekuningan pada mata dan kulit
Hepatitis B boleh menyebabkan sirosis hati iaitu kerosakan hati yang teruk sehingga menyebabkan kematian sel-sel hati atau kanser hati. Anda di nasihatkan untuk berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B.