
Sulit
4 tahun
Terdapat benjolan di kepala
Hi, doktor. Saya seorang gadis remaja 18 tahun. Saya ada soalan berkaitan benjolan di kepala saya. Di kepala saya terdapat satu benjolan di mana sejak dari kecil kekal pada saiz tersebut. Saiz benjolan adalah seperti saiz duit syiling 20 sen lama. Semasa kecil saya pernah dibawa berjumpa pakar dan kerap menghadiri temujanji, ada juga gejala pening pada masa kecil. Sekitar umur 7 tahun. Dalam beberapa temujanji selepas itu pakar tersebut menyarankan agar saya memakai cermin mata kerana disyaki pening mungkin disebabkan saya ada masalah penglihatan. Kemudian, saya juga sudah lupa tetapi saya sudah tidak ada lagi temujanji dgn pakar. Tapi setelah saya dewasa ini, saya menyedari benjolan itu masih tidak pernah surut dan kekal di kepala saya sehingga menimbulkan kegusaran. Mengenai tanda sama ada saya pening, ya… Saya ada pening tapi tidak selalu dan teruk seperti saya baca di internet mengenai tumor. Saya mengesyaki pening yg dialami mungkin kerana saya ada masalah gastrik. Jika disentuh sudut bahagian kepala saya, memang akan terasa jelas benjolan itu. Saya juga ada masalah penglihatan iaitu silau. Boleh doktor rumuskan mengenai apa yg dialami saya dan apa harus saya lakukan? Teruma kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan di kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Untuk masalah silau pula, anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar optometrist untuk memeriksa penglihatan anda. Masalah penglihatan yang tidak dibetulkan boleh menyebabkan gejala pening. Selain itu, pening merupakan simptom yang sangat lazim. Antara puncanya yang lain ialah:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.