
Anonymous
2 tahun
Terdapat cyst kecil
Slmt tghri dokter… sy mahu bertanya saya ada refer dengan dokter sakit puan dia ckp sy ada small cyst tp xde msalah… rahim semua ok… soalan saya… bagaimana cyst boleh terjadi?
Dan bagaimana cara untuk hilangkan cyst tersebut? Adakah cyst ini aktif atau x?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cyst atau kista dalam bahasa malaysia, boleh disebabkan akibat perubahan hormon, jangkitan kuman dan punca yang tidak diketahui. Kista (cyst) pada umumnya tidak berbahaya melainkan jika ia mengganggu organ dan sistem didalam badan atau terlalu besar. Untuk membuang kista, jenis dan tempat kista tersebut perlu diketahui dan sampel kista perlu diambil bagi dianalisis. Sekiranya kista tersebut tidak berbahaya, ia mungkin akan hilang dengan sendirinya. Untuk mengetahui status aktif atau tidak, pada umumnya kista adalah tidak aktif.
Sekiranya isu ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.