
Sulit
4 tahun
Terdapat ketulan di bahagian clitoris
Saya seorang wanita berumur 26 tahun dan belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Dalam minggu ini saya berasa sakit apabila membasuh air paip terkena di bahagian tersebut. Apabila saya periksa terdapat seperti ketulan di bahagian clitoris dan berasa agak sakit dan tidak selesa apabila disentuh dan berwarna sama seperti di kawasan tersebut. Apakah ini serius atau saya perlu melakukan pemeriksaan lanjut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, benjolan atau “biji” yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti kista Bartholin
- Jerawat
- Abses atau nanah dari jangkitan
- Ketumbuhan vulva
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.