
Sulit
4 tahun
Terdapat lendir darah tetapi belum datang haid
Saya remaja perempuan berusia 15 tahun dan saya belum datang haid selama ini.Saya mendapati darah yang datang dari kemaluan saya tetapi berlendir.Adakah itu darah haid? Tolong beri penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang lendir darah.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, pendarahan yang berlaku boleh jadi haid atau perkara lain. Sekiranya ia adalah darah haid, biasanya:
- Pendarahan selama 3-5 hari
- Jumlah pendarahan sekitar 6 pad sepanjang tempoh haid
- Berwarna merah dan boleh keluar bersama ketulan darah
- Gejala perubahan hormon : cramp di bahagian bawah perut, sakit payudara, pening.
Sekiranya pendarahan yang anda alami tidak mempunyai ciri ciri berikut, saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi membuat pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.