Anonymous
6 tahun
Terdapat tanda2 awal mahu terjadinya blister atau ulser di bahagian dinding bwh kepala kemaluan
saya baru perasan yg terdapat tanda2 awal nak jadinya blister atau ulser di dinding bahagian bwh kpala kemaluan saya (dibahagian bekas jahitan sunat). cuma saya tidak pasti adakah ini tanda2 awal untuk penyakit siflis atau disebabkan hal lain.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit jangkitan seksual atau Seksual transmitted disease (STD) yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum.
Terdapat beberapa tanda atau simptom sifilis, dan ia bergantung kepada peringkat sifilis iaitu;
- Primary – benjolan kecil yang tidak sakit boleh dilihat di kawasan kemaluan, dan bahagian punggung.
- Secondary –ruam merah yang tidak gatal, demam, kelenjar bengkak, sakit tekak, gugur rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot, dan keletihan
- Latent – Peringkat di mana terdapat bakteria dalam sistem badan tetapi dalam kuantiti yang sikit dan tidak menimbulkan sebarang simptom. Tempoh peringkat ini boleh mencecah bertahun lamanya.
- Tertiary – peringkat ini ketika bakteria telah merosakkan organ badan dan tidak boleh diubat.
Untuk kepastian bahawa ianya sifilis, anda memerlukan pemeriksaan doktor dan sesetengah ujian.
Anda boleh mendapatkan pengesahan lanjut dengan doktor kami di talian. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































