Anonymous
4 tahun
Terkena penyakit Gonorheaa
Saya remaja berumur 22 tahun…Saya syak saya terkena penyakit gonorrhea…boleh kah saya mengubati sendiri tnpa pergi ke klinik…atau pun doktor ada menjual ubat bagi penyakit ini??saya malu hendak pergi kea klinik mahupun hospital
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, anda tidak boleh mengubati penyakit anda sendiri tanpa pengesahan tentang apakah sebenarnya jangkitan yang anda hadapi. Anda amat perlu mendapatkan nasihat doktor dan sekiranya benar anda menghidap jangkitan gonorrhoea, ubat anda memerlukan preskripsi doktor dan tidak boleh dibeli sendiri.
Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.